Tugas dan peranan Setiausaha Politik (Malaysia)

Tidak ada gambaran yang jelas mengenai tugas dan tanggungjawab seorang Setiausaha Politik, ini keranan bidang tugas Setiausaha Politik ditentukan oleh Jemaah Menteri. Namun, secara umum, seorang Setiausaha Politik ditugaskan untuk membantu tugas-tugas politik seorang Menteri dan memberikan nasihat yang sewajarnya kepada situasi politik di kawasan Parlimen, di negeri atau di Malaysia. Abdullah Saidol menjelaskan bahawa seorang Setiausaha Politik perlu memahami, menyampaikan, dan menjelaskan program-program pembangunan negeri dan dasar Kerajaan kepada rakyat diperingkat akar umbi.[2]